Khamis, 15 Disember 2011

Nukilan Rindu Buat MAA..

Maa...
Saat ini kami terasa kehilangan...
Hilang tempat mengadu...
Hilang tempat bermanja.
Hidup ku sepi tanpa mu.
Maa.
Dulu ke mana saja aku pergi
kau tetap bersamaku..
biar hujung minggu ttp menemani mu.
Skrg aku hilang arah tuju..
Maa...
selama 26thn aku tidur dgnmu..
pelukmu dlm dakapanku.
kini kau tiada disisiku..
aku kesepian...
Maa...
Besar dugaan yg kau terima.
Mengharungi liku2 hidup sebagai ibu tunggal
pelbagai tomahan dan cacian tp
tapi kau tetap tabah berjuang demi anak2 tercinta..
Pengorbananmu tetap kami kenang sampai bila2.
Aku ingin jadi insan setabahmu..
Maa..
kami tahu bertapa seksanya penderitaan mu.
Menentang penyakit yg semakin merebak
Sakit tuhan je tahu bila ubat2 kimo memamah badanmu.
tp kau tetap tersenyum kerana anak2 sentiasa disisi..
Maa...
Kau pergi saat aku memerlukanmu..
kau pergi saat tggjwb membesarkan anak2 dah tertunai.
kau pergi saat merestui hubungan aku.
Tapi sayang kau xsempat melihat aku di hari bahagiaku..
Kau xsempat menjagaku bila aku dlm pantang.
Kau xsempat memeluk anak-anakku kelak.
Maa..
Maafkanlah anak-anakmu ini..
Yang sentiasa menyakiti hatimu..
Yang tidak mendengar kata-kata mu..
Walaupun pada saat akhir hayatmu
Terselit rasa kecewa dgn anak-anakmu.
Tapi fahamilah kami amat menyayangimu.
Walaupun pun xterucap dgn kata-kata
Tapi hati kami hanya ada kamu.
Maafkan kami Maa..
Maa..
Walaupun kau tiada disisi
tapi kau tetap sentiasa ada dihati kami..
Hingga akhir hayatku
aku sentiasa mendoakan kau disana.
Bahagialah kau disana.
Sihatlah kau disana.
Gembiralah kau disana.
Kasih sayangmu hingga akhir hayat kami..
Kami sentiasa merindui mu hingga akhir hayat kami...]
Kami sentiasa mendoakan mu hingga akhir hayat kami..
Semoga kau ditempatkan dgn kekasih-kekasih Allah yang lain.
Al-fatihah untuk Maa
HASNAH CHE MAN sentiasa dihati.
Dalam kenangan 25 April 1951--->14 September 2011

by: Anak bongsumu..Lynda


Tiada ulasan:

Catat Ulasan