Khamis, 15 Disember 2011

TM Earth-Bumiku Camp..Kisah Bermula





Salam all,

Gambar ni dirakam masa Camp Bumiku pada 15-17 October 2010 kat Awana Resort, Genting Highland..Di sini lah kisah bermula...jeng jeng..
Di sini la aku jumpa My Sam..haha..kelakar lak kan bila teringat..Mula2 aku tgk dia dlm bas..Seat dia sebelah seat aku..tapi bukan aku duk sebelah dia la..dia ngn kwn dia, then aku ngn kwn aku..Mula2 tengok dalam hati ckp leh kasi resume iza kat dia (sbb si kawan aku iza xdpt ikut g camp ni so kitaorg ckp ko bg resume then aku try submit kat laki2 single masa camp konon tuk cari jodoh la kan..hahaha!)..Nak kata dia hensem..ermm aku rasa tak kot..nk kata kemas..erm langsung tak..serabut je aku tgk..Jgn marah :P.. tapi mungkin manis tu ada la..dlm bas tu syok je mamat sebelah aku tido dgn rambut serabut sgt..hihi..
So bila dah sampai kat tempat camp kami dah di bahagi dlm kumpulan..tp aku x sekumpulan dgn dia..tapi aku ada jugak la jeling2 kat mamat serabut tu..ermm..xtau la nape..masa malam last ada game limbo rock..so dia antara 5 org finalis..hihi..sonok aku tgk dia sampai nk patah pinggang tp time tu biasa2 je xde feel langsung.. pastu masa mkn duk dia duk meja aku..ermm..kwn dia tegur kami la tnya dr TM mana..so aku pun tnya kawan dia ckp dr cyber..oooo..tp time tu kwn dia pgg kamera DSLR Canon..aku pun ada DSLR Canon jugak time tu..so aku tnya kwn dia kamera dia tu model apa..so dia ckp bukan kamera dia tapi kamera budak tu (tunjuk kat mamat serabut)..ooo..pastu mamat serabut menyeling sekejap pastu trs tgk dpan stage balik (tgh kusyuk layan org karaoke)...Dalam hati aku (sombong giler mamat serabut ni)..lps tu kitaorg masuk khemah tido.
Masa last day tu, nk blk KL, kami naik bus sama lg tp aku buat xtau je..tp aku ingt time aku nk ambik gmbr dia yg buat peace..hihi..so bila dah smpai Menara TM, aku nk ambik kete kat bangunan Annexe, tp masa jln tu nmpk la mamat serabut masuk dlm parking moto menara..so pulang la ke rumah masing..seyes time Camp aku xtau nama dia apa..pastu bila aku sampai kat umh aku mcm biasa open the laptop 1st..hihi..tgk fb...tp nmpk 1 notification dkt friend request..bila buka tgk..eh ni mamat serabut tu..ooo ni nama dia..dia add aku rupanya..sonok sbb tau nama dia..hihi..so disitu la mula detik perkenalan kami..mula2 sbg kwn selama 6 bulan jugak pastu br dia declare.bercinta xsampai sebulan kitaorg trs tunang..akan melangsungkan big day march thn depan..doakan kami..


Thanks to My Sam..

Nukilan Rindu Buat MAA..

Maa...
Saat ini kami terasa kehilangan...
Hilang tempat mengadu...
Hilang tempat bermanja.
Hidup ku sepi tanpa mu.
Maa.
Dulu ke mana saja aku pergi
kau tetap bersamaku..
biar hujung minggu ttp menemani mu.
Skrg aku hilang arah tuju..
Maa...
selama 26thn aku tidur dgnmu..
pelukmu dlm dakapanku.
kini kau tiada disisiku..
aku kesepian...
Maa...
Besar dugaan yg kau terima.
Mengharungi liku2 hidup sebagai ibu tunggal
pelbagai tomahan dan cacian tp
tapi kau tetap tabah berjuang demi anak2 tercinta..
Pengorbananmu tetap kami kenang sampai bila2.
Aku ingin jadi insan setabahmu..
Maa..
kami tahu bertapa seksanya penderitaan mu.
Menentang penyakit yg semakin merebak
Sakit tuhan je tahu bila ubat2 kimo memamah badanmu.
tp kau tetap tersenyum kerana anak2 sentiasa disisi..
Maa...
Kau pergi saat aku memerlukanmu..
kau pergi saat tggjwb membesarkan anak2 dah tertunai.
kau pergi saat merestui hubungan aku.
Tapi sayang kau xsempat melihat aku di hari bahagiaku..
Kau xsempat menjagaku bila aku dlm pantang.
Kau xsempat memeluk anak-anakku kelak.
Maa..
Maafkanlah anak-anakmu ini..
Yang sentiasa menyakiti hatimu..
Yang tidak mendengar kata-kata mu..
Walaupun pada saat akhir hayatmu
Terselit rasa kecewa dgn anak-anakmu.
Tapi fahamilah kami amat menyayangimu.
Walaupun pun xterucap dgn kata-kata
Tapi hati kami hanya ada kamu.
Maafkan kami Maa..
Maa..
Walaupun kau tiada disisi
tapi kau tetap sentiasa ada dihati kami..
Hingga akhir hayatku
aku sentiasa mendoakan kau disana.
Bahagialah kau disana.
Sihatlah kau disana.
Gembiralah kau disana.
Kasih sayangmu hingga akhir hayat kami..
Kami sentiasa merindui mu hingga akhir hayat kami...]
Kami sentiasa mendoakan mu hingga akhir hayat kami..
Semoga kau ditempatkan dgn kekasih-kekasih Allah yang lain.
Al-fatihah untuk Maa
HASNAH CHE MAN sentiasa dihati.
Dalam kenangan 25 April 1951--->14 September 2011

by: Anak bongsumu..Lynda